PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), diperbadankan pada bulan Jun 2000 bagi membangunkan presint Warisan Merdeka, dan juga pemilik tanah dan penjaga tunggal kedua-dua Stadium Merdeka dan Stadium Negara. Kedua-dua stadium tersebut telah disenaraikan sebagai tapak "Warisan Kebangsaan" pada Oktober 2005 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Semenjak dari itu, PNB Merdeka Ventures telah menjalankan pelan pemuliharaan yang teliti sehingga Stadium Merdeka meraih Anugerah Kecemerlangan UNESCO untuk Program Pemuliharaan Warisan Kebudayaan (Asia Pacific) di 2008.
Projek mercu tanda Merdeka 118 yang disangka siap pada tahun 2022, merangkumi: sebuah Menara ikonik setinggi 118 tingkat dengan anggaran 3 juta kaki persegi kawasan lantai, yang terdiri daripada 1.65 juta kaki persegi ruang pejabat untuk disewa, sebuah hotel mewah dengan dek pemerhatian dan sebuah pusat membeli-belah. Projek ini disokong oleh pelan infrastruktur utama untuk meningkatkan akses ke presint tersebut sama ada dengan pengangkutan awam atau kereta. Sehingga kini stesen Transit Aliran Massa Rapid Merdeka (MRT) sudah beroperasi. Kerja-kerja infrastruktur sedang dijalankan untuk membina dua terowong untuk kenderaan mengakses menara dan beberapa laluan akses lebuh raya yang mewujudkan jaringan laluan yang lebih banyak.
PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad
Stadium Merdeka & Stadium Negara
48 peratus kawasan yang menempatkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara telah diwartakan sebagai khazanah warisan negara yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia.
PNB telah secara sukarela mengambil langkah untuk mengisytiharkan kedua-dua stadium ini sebagai Warisan Kebangsaan. Pengisytiharan ini telah dibuat pada 17 Oktober 2005 di bawah Akta Benda Purba 1976 yang kemudiannya digantikan dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005 yang berkuat kuasa pada 30 Disember 2005.
Sebagai bangunan Warisan Kebangsaan, kedua-dua stadium ini tidak boleh dirobohkan, malah pemilik dimestikan menjaga aset warisan negara ini supaya sentiasa berada dalam keadaan baik. Demi menjaga kepentingan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai hartanah warisan negara, PNB telah juga menubuhkan satu badan amanah khas yang dikenali sebagai Badan Amanah Warisan Merdeka ("the Merdeka Heritage Trust") pada tahun 2006. Objektif utama Badan Amanah Warisan Merdeka ini adalah untuk mengurus, membaik pulih dan memelihara Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai hartanah warisan negara.
PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (517991-A). Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (38218-X).